Connect with us

Oh! Media

Tergesa-Gesa Beli Ubat Ibu Sakit, Pelajar Tingkatan 5 Dikompaun RM10,000 Gagal Imbas MySejahtera

Ohmedia qr kod

Trending

Tergesa-Gesa Beli Ubat Ibu Sakit, Pelajar Tingkatan 5 Dikompaun RM10,000 Gagal Imbas MySejahtera

Semakin banyak pula cerita dan luahan hati orang yang dikenakan saman RM10,000 gara-gara gagal mengikut SOP yang ditetapkan.

Terbaru, seorang remaja berusia 17 tahun telah dikompaun sebanyak RM10,000 di dalam kedai runcit di Batu Berendam, Melaka kerana terlupa mengimbas kod QR MySejahtera.

Apa yang membuatkan ramai berasa simpati dengan remaja ini adalah kerana dia pada ketika itu dalam keadaan terburu-buru masuk ke dalam kedai runcit untuk membeli ubat paracetamol untuk ibunya yang sedang sakit.

IKLAN

Dia bagaimanapun tak dapat menjelaskan situasi yang berlaku selepas pihak polis yang berpakaian biasa terus mengenakan kompaun.

Lebih menyedihkan bila pelajar tingkatan 5 ini menceritakan dia masih mempunyai adik yang bersekolah, bapa pula hanya mempunyai gaji yang kecil dan ibu cuma seorang suri rumah.

Afzan

Luahan adik ini bagaimanapun mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad yang menyatakan adik terbabit boleh membuat rayuan terus ke pegawai kesihatan Melaka Tengah untuk mengurangkan jumlah kompaun.

Nampaknya selain Covid-19, kita juga perlu lebih berhati-hati dan pastikan SOP dipatuhi.

Kredit: The Star

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas