Connect with us

Oh! Media

Terdapat Aduan Mengenai Perniagaan Piza Jofliam, Didakwa Ganggu Ketenteraman Awam

Jofliam Dewi Piza

Trending

Terdapat Aduan Mengenai Perniagaan Piza Jofliam, Didakwa Ganggu Ketenteraman Awam

Usahawan media sosial, Jofliam kini berdepan dengan kritikan apabila penduduk sekitar Taman Melawati mendakwa perniagaan piza yang diusahakannya menyebabkan kesesakan lalu lintas dan gangguan ketenteraman awam.

Menurut satu hantaran di Threads, beberapa laporan telah dikemukakan secara atas talian kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkaitan isu ini.

IKLAN

Perniagaan ini secara berterusan dibuat dari rumah, dan checkpoint jualan dibuat merata termasuk di kawasan kejiranan, sekolah dan stesen minyak.

Pekerja Jofliam dituduh tak ambil typhoid dan perniagaan tiada lesen

Lebih mengejutkan, warganet turut mendakwa perniagaan tersebut tidak mempunyai lesen sah, dan pekerja mungkin tidak divaksin typhoid seperti yang diwajibkan bagi pengendali makanan.

Walaupun banyak laporan telah dibuat kami belum menerima apa-apa tindakan wajar daripada pihak berwajib.

Segelintir juga mula mendesak agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan siasatan segera berhubung isu kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual.

Ada netizen yang sokong dan ada yang kecam?

jofliam

Kalau korang tengok ruangan komen, ada yang menyokong aduan penduduk demi keselesaan awam, namun tak kurang juga yang membela Jofliam kerana kagum dengan semangat keusahawanannya.

Jiran pun nak berniaga, tapi kalau ganggu ketenteraman dan tak ikut peraturan, memang patut ditegur.

Kalau dah sampai kacau laluan keluar masuk dan tak ada lesen, jangan salahkan orang buat aduan.

Semangat berniaga itu bagus, tapi pastikan ikut peraturan. Berniaga dari rumah pun tetap kena ada lesen, jaga kebersihan dan hormat jiran sekeliling.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas