Connect with us

Oh! Media

“Terbaiklah Ustaz” – Sampaikan Dakwah Di Kelab Malam, UEL Dapat Pujian Netizen

Uel

Trending

“Terbaiklah Ustaz” – Sampaikan Dakwah Di Kelab Malam, UEL Dapat Pujian Netizen

Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Liew, pasti ramai yang mengenali pendakwah bebas ini yang lebih memilih untuk menyampaikan dakwah secara terus terhadap mereka yang dilihat kurang mendapat perhatian umum.

BACA: Yoe Parey Hampir Keluarkan Air Mata Selepas Dengar Nasihat Dari Ustaz Ebit Liew

Terbaru, tular satu video dimuat naik menerusi laman rasmi Instagram Ebit yang memaparkan dirinya sedang menyampaikan ceramah di sebuah kelab malam di Jakarta.

IKLAN

Malam tadi pergi kelab malam berjumpa wanita menjadi wanita malam (prostitute) di Jakarta. Ada yang Islam dan bukan Islam .Mereka kenal saya. Katanya selalu lihat di media sosial.

Banyak soalan tentang Islam dan hubungan dengan Allah serta rindukan ibubapa. Baik-baik semuanya mendengar dan bertanya.

Menerusi video tersebut, beberapa wanita dilihat menitiskan air mata tanda keinsafan ketika mendengar dakwah yang disampaikan pendakwah berkenaan.

Bukan itu sahaja, Ustaz Ebit juga tidak ketinggalan menghadiahkan mereka jubah dan tudung sebagai tanda menyokong mereka untuk berubah ke arah kebaikan.

Saya hadiahkan mereka jubah dan tudung. Mereka suka sangat dapat tudung tu. Doakan kami yer ustaz supaya dapat dekat pada Allah.

Terima kasih sudi jumpa dan nasihat kami. Kali pertama orang ceramah di club malam ini. Ulang kali mereka ucap terima kasih.

Tindakan UEL dapat pujian netizen

Perkongsian Ustaz Ebit Liew itu mendapat perhatian warganet. Rata-rata mereka memuji tindakan pendakwah tersebut dan sentiasa mendoakan agar usahanya untuk berdakwah sentiasa dipermudahkan.

Screenshot 2022 09 23 at 122248
Screenshot 2022 09 23 at 122356
Screenshot 2022 09 23 at 122343

Kredit: Instagram ebitliew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas