Connect with us

Oh! Media

Tepung Dah Mahal, Harga Roti Canai Mungkin Akan Naik

roti canai

Trending

Tepung Dah Mahal, Harga Roti Canai Mungkin Akan Naik

Siapa je tak suka roti canai kan? Bukan je rakyat Malaysia, tapi orang luar yang datang ke negara kita pun mesti akan cari roti canai untuk sarapan pagi.

ADVERTISEMENT

BACA: Dakwaan Roti Canai RM4 Di Langkawi Palsu?

Menerusi Free Malaysia Today, harga roti canai dikatakan mungkin akan lebih mahal daripada biasa dek kerana harga tepung gandum yang kini sedang mencanak naik.

Harga tepung gandum naik RM20?

Roti canai | Poh Ling Yeow recipes | SBS Food

Tepung gandum kini dikatakan sudah sukar untuk didapatkan kerana kekurangan bekalan di kedai-kedai runcit dan harganya juga sudah meningkat.

Oleh kerana harga bahan utamanya sudah meningkat, roti canai sekarang ini dijual pada harga RM1.20 sehingga RM1.70 sekeping.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Jawahar Ali Taib Khan berkata, sebelum ini 25 kilogram (kg) tepung gandum boleh didapati dengan harga RM45, tetapi sekarang sudah naik RM65.

Jika ini tidak dikawal, saya bimbang akan ada sedikit kenaikan harga produk berasaskan gandum oleh 9,000 ahli Presma.

Pemborong juga mungkin akan mula menyorok tepung gandum untuk menaikkan harga, tetapi ahli Presma akan cuba sedaya upaya mengelak daripada berbuat demikian.

Jawahar Ali Taib Khan menggesa kerajaan untuk tambah negara pengeluar gandum bagi mengimport komoditi sebagai jalan keluar bagi masalah ini.

Dengan kenaikkan harga ini, bukan je pembeli yang kena bayar mahal, tapi banyak restoran akan terjejas, menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas), J Suresh.

Walaupun restoran menaikkan harga baru-baru ini, ada kemungkinan berlaku kenaikan lagi.

Roti Canai gaya mamak dari Kawan Food masih mampu milik

Memandangkan mamak dekat luar sana dah mula naikkan harga roti canai ni, Ohmedia nak cadangkan korang cuba Malabar Roti dari Kawan Food pula. Harga masih murah dan paling penting roti canai dia sama rasa macam mamak buat. Pekena pula Tea Tarik, pergh!

Baik korang beli cepat dekat Kawan Food, boleh buat sarapan esok pagi.

Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Kalau semua harga barang naik, kita semua pun dah takut nak makan luar, peniaga restoran pun akan terjejas. Harap kerajaan ambil langkah yang bijak untuk menangani masalah ini.

Kredit: Free Malaysia Today

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas