Connect with us

Oh! Media

“Tengah Gaduh” – Ira Kazar Dah Ada Pengganti?

Ira Kazar

Trending

“Tengah Gaduh” – Ira Kazar Dah Ada Pengganti?

Ira Kazar beri bayangan sedang kenal seseorang dalam TikTok Live. ‘Tengah gaduh’? Siapa jejaka misteri tu?

Nampaknya selebriti media sosial, Ira Kazar, sudah mula memberi bayangan bahawa hatinya sudah ada seseorang. Biar betul?

Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Ira menjawab secara spontan soalan daripada pengikut yang bertanya sama ada dia sudah bersedia mencari pasangan hidup baharu.

“Tengah gaduh,” jawab Ira sambil tersenyum,sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa dia sedang dalam fasa mengenali seseorang.

IKLAN

Siapa jejaka misteri tambat hati Ira Kazar tu?

Ira Kazar

Jawapan ringkas itu walau bagaimanapun tidak disusuli dengan pendedahan lanjut, malah Ira memilih untuk terus berahsia mengenai identiti individu yang mungkin sedang rapat dengannya kini.

Nanti akan ada peneman hidup… bila dah sampai masanya.

Sejarah perkahwinan Ira Kazar

Cerai

Untuk info, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Namun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila mereka sah bercerai talak satu pada 5 Mac 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Pssttt! Jangan terburu-buru dalam mencari pengganti. Hati yang pernah terluka perlu masa untuk sembuh, dan cinta sejati hadir bila kita benar-benar bersedia. ❤️

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas