Connect with us

Oh! Media

“Tengah Bawa Motor Tiba-Tiba Hujan, Air Masuk Dalam Mulut..” – Netizen Terhibur Baca Jawapan Dr Zulkifli

Trending

“Tengah Bawa Motor Tiba-Tiba Hujan, Air Masuk Dalam Mulut..” – Netizen Terhibur Baca Jawapan Dr Zulkifli

Pejam celik pejam celik hari ini merupakan hari keenam umat Islam di Malaysia berpuasa. Macam mana dengan puasa korang setakat ni?

ADVERTISEMENT

Seperti biasa setiap kali Ramadan pasti ada pelbagai soalan berkaitan hukum yang menjadi kekeliruan netizen. Sampaikan pening ahli agama nak menjawabnya.

BACA: #RENUNGAN Ada Pasangan Sengaja Batalkan Puasa Untuk Berjimak? Ini Hukumnya Di Sisi Syara’

Di Twitter, seorang individu bertanyakan Dr Zulkifli adakah terbatal puasa seseorang jika air hujan masuk dalam kuantiti yang banyak ke dalam mulut ketika sedang menunggang motosikal.

Tengah naik motor tiba-tiba hujan

Menjawab kepada persoalan itu, Dr Zulkifli mencadangkan agar individu itu membeli helmet baru yang ada visor.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa terhibur dan memuji penyelesaian ringkas Dr Zulkifli kepada soalan itu.

Ada juga yang mempersoalkan adakah individu itu menunggang motosikal sambil nganga sehingga air masuk dalam kuantiti yang banyak.

“Bawa sambil nganga ke?”

Macam-macam soalan netizen ni kan? Bahaya juga tu kalau air masuk dalam mulut, sebolehnya elakkanlah. Ataupun beli je visor baru seperti yang dicadangkan Dr Zulkifli. Setel!

Kredit: Twitter Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas