Connect with us

Oh! Media

Tempoh Kuarantin 3 Hari Bagi Menteri Yang Pulang Dari Luar Negara, Bermula Hari Ini

A4a0e4fd c36f 4937 98fe 4507aa9326a6

Trending

Tempoh Kuarantin 3 Hari Bagi Menteri Yang Pulang Dari Luar Negara, Bermula Hari Ini

Seperti yang kita tahu, jika seseorang itu pulang dari luar negara individu itu perlulah menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 10 hari.

Namun bermula pada hari ini, tempoh kuarantin bagi menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara telah dikurangkan daripada 10 hari kepada tiga hari sahaja.

Warta Kerajaan Persekutuan yang bertarikh 2 Februari itu telah dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu disiarkan dalam portal rasmi e-Warta Persekutuan semalam.

IKLAN

Dokumen pewartaan yang bertajuk ‘Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ itu dikatakan akan berkuatkuasa pada Selasa, 9 Februari hingga 1 Ogos ini.

Di dalam perintah itu juga ada menyebut, Dr Adham telah mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.

Df8e456c 3351 41f1 be74 8bfce139b00e

Syarat pengecualian akta dalam perintah itu juga turut menyebut bagi mana-mana menteri Kabinet yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani kuarantin selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Untuk rekod, Seksyen 15 (1) akta itu memperuntukkan seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Kredit: Astro Awani

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas