Trending
Tarikh Rasmi Melihat Anak Bulan Untuk Penentuan Syawal 2025 Ditetapkan!
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan tarikh melihat anak bulan Syawal pada petang 30 Mac 2025, bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah.
Menurut laporan Kosmo, keputusan ini dibuat berdasarkan rukyah dan hisab, selaras dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
30 Mac 2025 penentuan Hari Raya Aidilfitri

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri akan dibuat pada malam yang sama melalui siaran radio dan televisyen.
29 lokasi seluruh Malaysia jadi tumpuan

Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara telah dipilih sebagai tempat rasmi untuk cerapan anak bulan Syawal. Antara lokasi utama ialah:
- Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
- Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
- Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah Darul Aman
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman
- Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman
- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
- Pusat Falak Miri, Sarawak
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
- Pusat Falak Bintulu, Sarawak
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
- Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
- Stesen Cerapan Hilal Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
- Menara 188, Kuantan Pahang
- Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
- Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya
- Menara Pandang, Masjid Al Hussain, Kuala Perlis, Perlis
Untuk senarai penuh lokasi cerapan, anda boleh merujuk kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
#ApaKataOhmedia
Masyarakat disarankan untuk menunggu pengumuman rasmi dari pihak berkuasa mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri. Jangan mudah terpengaruh dengan khabar angin atau maklumat yang belum sahih.
Selamat membuat persiapan raya dan semoga ibadah Ramadan kita diterima!

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM