Connect with us

Trending

Tangisan Anak Mengganggu Tidur, Suami Tergamak Pukul Isteri Dan Anak Sekali

Hanya disebabkan tangisan anak berusia setahun, seorang lelaki sanggup memukul dan menampar anak serta isterinya gara-gara tidurnya terganggu disebabkan tangisan tersebut.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku di Kampung Membakut Jaya, Beaufort kira-kira jam 3 petang semalam melaporkan suspek yang berusia 27 tahun mengamuk dan mengugut mahu bunuh dan menggantung isterinya.

IKLAN

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh wanita berusia 23 tahun di Balai Polis Membakut pada hari yang sama.

Menurut Ketua Polis Beaufort, Deputi Supritendan Yusoff Zaki Matt, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dan suaminya dipercayai berpunca daripada anaknya yang menangis sehingga menganggu suspek yang mahu tidur.

Suspek turut memukul anaknya hingga berlaku pertengkaran ketika mangsa menegur suaminya itu.

Tidak mahu ditegur, suspek mengamuk dan mengugut untuk menggantung isterinya. Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi dan dirujuk ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.

Selepas kejadian suspek keluar rumah dan kini usaha mengesannya giat dijalankan.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas