
Trending
”Tanggungjawab Aiman Cuma Anak Dalam Kandungan” – Siti Jamumall
Usahawan dan pempengaruh terkenal, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahidin tidak pernah berhenti berusaha mencari rezeki walaupun berdepan ujian berat dalam hidup, termasuk diceraikan berulang kali oleh suaminya, Aiman Tak Kesah.
Menerusi potongan siaran langsung di TikTok, Siti tampil berkongsi luahan hati sebagai seorang ibu tunggal yang kini menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada dua anaknya yang masih kecil.
Saya tidak boleh serik dalam hidup saya. Saya tidak boleh berhenti buat kerja saya sebab ada dua orang anak yang perlu dinafkahkan.
“Tanggungjawab Aiman cuma anak dalam kandungan” – Siti Jamumall

Siti turut menjelaskan bahawa suaminya tidak bertanggungjawab terhadap dua anak yang berada di bawah jagaannya, sebaliknya hanya pada bayi yang sedang dikandung.
Itu bukan tanggungjawab Aiman. Tanggungjawab Aiman hanya yang dalam perut sahaja.
Berdikari walau terluka

Walaupun mengakui hatinya sudah tersakiti berkali-kali, Siti tetap memilih untuk bangkit demi anak-anak.
Saya akan 10 kali ganda tersakiti jika keluarga tidak beri sokongan, tiada duit dan rumah. Penting untuk berdikari cari duit sendiri, ada rumah dan kereta sendiri.
“Kuatnya budak dalam perut ni” – Siti Jamumall

Mengulas tentang bayi yang dikandung, Siti menyifatkan anak tersebut sebagai luar biasa kuat kerana sudah melalui pelbagai ujian walaupun belum lahir.
Kadang-kadang saya terfikir, ‘ya Allah kuatnya budak dalam perut ini’.
Doakan anak saya (dalam perut) selamat membesar, dilahirkan dengan sihat dan membesar menjadi wanita yang solehah.
