Connect with us

Oh! Media

Tanah Runtuh Miri: Mangsa Terselamat Lihat Ibu Peluk Adik Bongsu Sebelum Rumah Dihempap

Ohmedia tanah Runtuh 2

Trending

Tanah Runtuh Miri: Mangsa Terselamat Lihat Ibu Peluk Adik Bongsu Sebelum Rumah Dihempap

Kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, telah meragut nyawa lima sekeluarga yang telah dikebumikan dalam satu liang lahad.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Sazarena Arabi, 41; Fatimah Dawi, 71; dua kanak-kanak perempuan, Nur Raisyah Syahirah, 8 dan Nur Rania Syafiqah, 11 serta remaja lelaki, Irsyad Syairah, 16.

Lima sekeluarga maut, seorang terselamat

Tanah Runtuh Miri

Hanya seorang mangsa iaitu remaja berusia 17 tahun dikenali sebagai Nur Irsalina Syahirah terselamat.

IKLAN

Menceritakan detik cemas, Irsalina dalam laporan Sinar Plus berkata, tragedi yang berlaku sekitar jam 3 pagi itu menimbus rumah mereka dalam sekelip mata.

Pada malam kejadian, Irsalina sedang bermain permainan video di ruang tamu ditemani ibu, Sazarena Arabi dan adik-beradiknya.

Lihat ibu peluk adik bongsu sebelum rumah tertimbus

Tanah Runtuh Miri

Sementara, neneknya pula sedang tidur di bilik. Mereka terdengar bunyi dentuman kuat menyebabkan ibunya segera memeluk adik bongsu untuk menyelamatkannya.

Namun, tanah runtuh berlaku begitu pantas menimbus rumah mereka sepenuhnya.

Saya tertolak hingga keluar dinding ke arah tempat meletak motosikal. Belum sempat saya bergerak, tanah terus runtuh tetapi saya masih sedar dan tidak pengsan.

Irsalina berjaya diselamatkan dengan bantuan datuknya dan pasukan bomba dan mengalami kecederaan di kaki.

Ohmedia tanah Runtuh 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Plus


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas