Trending
“Takyah Berkira! Beli Kasut Mahal-Mahal Letak Kaki Boleh Pula” – Penjual Pertahan Kopiah RM75
Ini kalau bro Jalal Misai pun dah kongsi pasal awak dekat aplikasi X, mesti ada yang tak kena ni. Mana tidaknya, ada seorang hamba Allah ni jual kopiah dengan harga yang dirasakan tidak masuk akal kerana mahal.
Isu ni jadi lagi panas selepas cara penjual terbabit menjelaskan sebab kopiah yang dijualnya mahal tidak kena dengan cara.
Jalal Misai dan rata-rata netizen merasakan cara penjual terbabit membuat penjelasan seakan mahu membuat orang ramai rasa serba salah.
Ini apabila, dia mempersoal orang ramai boleh membeli baju raya dengan harga RM100 dan kasut yang mahal tanpa banyak soal tetapi kopiah RM75 dipertikai.
Kita beli kasut mahal-mahal letak dekat kaki boleh pula, takkan kopiah RM70 RM80 nak letak dekat kepala macam-macam bunyi.
Kopiah RM75 ada 13 lapisan dan tidak boleh dilipat…
Dalam pada itu, dia turut menjelaskan kopiah yang dijualnya berbeza dengan jenama lain yang dijual murah. Ini kerana, kopiah itu mempunyai 13 lapisan.
Kopiah itu juga tidak boleh dilipat membuatkannya akan kekal cantik dipakai di kepala.
Kopiah apa harga macam tu..🤔
— Jalal Misai (@jllmisai) March 13, 2024
Nak jual mahal pun, bagi lah justifikasi yang meyakinkan berkaitan material dan kualiti.. Bukan kena guilt trip orang yang beli kasut mahal tapi letak di kaki.. pic.twitter.com/1EK5LEwtst
Kredit: Aplikasi X
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM