Connect with us

Oh! Media

“Takut Ada ‘Makhluk Asing’ Datang Mengundi, 17 SJR Akan Dilaksanakan” – Bukit Aman

Trending

“Takut Ada ‘Makhluk Asing’ Datang Mengundi, 17 SJR Akan Dilaksanakan” – Bukit Aman

Bagi memastikan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjalan lancar pada 20 November nanti, polis negeri akan melaksanakan sebanyak 17 sekatan jalan raya (SJR) bertujuan untuk mengawal kemasukan kumpulan yang tidak berkenaan.

ADVERTISEMENT

BACA : PAS Akan Guna Lambang Perikatan Nasional Dalam PRN Melaka

Menurut laporan Kosmo, pemeriksaan di SJR itu nanti akan menyemak sijil suntikan vaksin dan tujuan kemasukan ke negeri itu dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali.

Esok kita akan laksanakan SJR di 17 pintu masuk negeri ini untuk memastikan tiada pergerakan orang yang tidak berkenaan masuk ke Melaka.

Sebagai contoh mereka yang tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19 atau lengkap dua dos serta kesahihan yang masuk atas alasan mengundi, takut ada makhluk asing yang datang mengundi.

Walaubagaimanapun, tiada masalah pun bagi sesiapa yang datang ke negeri itu untuk melancong dan sudahpun melengkapkan suntikan vaksinasi pda tarikh berkenaan.

Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar kita semua dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas