Connect with us

Oh! Media

Nadeera Zaini

Trending

“Tak Sengaja!” – Nadeera Zaini Mohon Maaf, Tersalah Angkat Jari

Penyanyi, Nadeera Zaini mencuri perhatian netizen selepas tanpa sengaja mengangkat jari tengah ketika membuat persembahan. 

Menurut laporan mStar, kejadian yang berlaku sewaktu rakaman Citra Reka Busana di Angkasapuri itu membuatkan segelintir pihak kurang senang dan menganggapnya sebagai satu perbuatan tidak sopan.

IKLAN

Nadeera Zaini terlalu fokus, tak perasan jari tengah terangkat

Namun, Nadeera tampil menjelaskan bahawa perkara itu berlaku secara spontan tanpa niat untuk bersikap biadab.

Saya betul-betul tak sengaja, sebenarnya jari saya nak menahan veil dari muka. Jadi saya pegang mikrofon itu tak perasan jari tengah saya terangkat, sepatutnya saya angkat jadi telunjuk.

Nadeera akui mudah terluka dengan komen negatif

Menyedari kesilapannya, Naib Juara AJL39 ini terus memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan insiden tersebut.

Dalam masa sama, Nadeera juga mengelak daripada membaca komen negatif kerana dia seorang yang mudah beremosi.

Saya dilarang oleh pengurus dan pasukan saya daripada membaca komen kerana saya mudah beremosi, sangat rapuh dan cepat tersentap.

Namun, dia tidak mahu terlalu ambil hati dan hanya ingin fokus kepada karier nyanyiannya tanpa mempedulikan kata-kata negatif netizen.

Tak kisahlah orang nak cakap apa, saya hanya mencari rezeki halal. Kita tak boleh paksa orang suka dengan kita, jadi saya hanya beri yang terbaik pada karya saya.

#ApaKataOhmedia

Sebagai manusia, kita memang tidak boleh lari daripada kesilapan. Tapi yang penting, kita belajar dari kesilapan dan perbaiki diri. Dalam dunia hiburan, setiap pergerakan sentiasa diperhatikan, jadi sentiasalah berhati-hati!

Nadeera Zaini

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas