Trending

Tak Sengaja Halang Ambulan, Anak Jelaskan Bapa Ada Masalah Pendengaran

Published on

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video menunjukkan sebuah kenderaan jenis Perodua Kembara menghalang laluan ambulan ke hospital.

BACA: Gara-Gara Pemandu Enggan Beri Laluan Kepada Ambulan, Pesakit Meninggal Dunia Sebelum Sampai Hospital

Kakitangan hospital dikenali sebagai Jerry Rentap meluahkan rasa terkilan mendakwa pemandu tidak peka dengan bunyi siren kecemasan ambulan.

Terbaru, anak kepada pemandu tampil menjelaskan kejadian sebenar. Individu berkenaan dipercayai menghantar mesej kepada isteri mendiang meminta maaf.

Katanya, bapa mempunyai masalah pendengaran kronik dan tak sengaja menghalang laluan ambulan. Masalah kesihatan bapanya itu telah disahkan oleh doktor sejak tahun 2017.

Untuk mengelakkan perkara sama berlaku kepada orang lain, isteri mendiang meninggalkan pesanan supaya pemandu berkenaan tidak lagi memandu atau memakai alat pendengaran selepas ini.

Kredit: Facebook Annie Andrew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version