Connect with us

Oh! Media

Tak Perlu Kuarantin, Pelancong Lengkap Vaksin Dah Boleh Ke Thailand

pelancong

Trending

Tak Perlu Kuarantin, Pelancong Lengkap Vaksin Dah Boleh Ke Thailand

Prayut Chan-O-Cha, Perdana Menteri Thailand telah mengumumkan untuk para pelancong yang sudah lengkap menerima dua dos vaksinasi Covid-19 dibenarkan masuk ke Thailand tanpa perlu kuarantin bermula 1 November.

ADVERTISEMENT

BACA: Danok Thailand Sedia Terima Pelancong Malaysia

Menurut Berita Harian, Prayut telah menyenaraikan 46 negara dan wilayah yang dibolehkan untuk rakyat di negara tersebut masuk ke Thailand bermula bulan depan.

Merangsang sektor pelancongan

pelancong

Lebih 40 buah negara yang disenaraikan oleh Prayut itu adalah untuk merangsang kembali sektor pelancongan serta perniagaan yang telah merosot sejak berlakunya pandemik Covid-19.

Kami perlu bergerak lebih pantas dan melakukannya sekarang. Ini kerana untuk menunggu segala-galanya sempurna, ia akan membuatkan kita terlambat.

Pelancong yang telah membuat ujian RT-PCR Covid-19 dan berstatus negatif akan dibenarkan masuk ke Thailand. Antara negara yang dibenarkan adalah Amerika Syarikat, Britain, China, Eropah, Perancis dan Jerman. Buat negara jiran yang status risiko rendah juga akan dibenarkan seperti Kemboja, Malaysia, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Hong Kong.

Apabila tiba sahaja di Thailand, pelancong akan diminta untuk melakukan ujian Covid-19. Sementara menunggu keputusan tersebut keluar, pelancong diminta untuk menginap satu malam di hotel yang telah diluluskan kerajaan.

Kami tahu ini adalah langkah drastik serta meningkatkan risiko pertambahan jangkitan, tetapi ia adalah risiko yang harus diterima. – Perdana Menteri Thailand

Thailand telah kehilangan AS$50 billion bersamaan RM207.9 billion pendapatan hasil pelancongan sejak berlakunya Covid-19. Kemasukan pelancong asing juga merosot sehingga 83 peratus iaitu 6.7 juta berbanding sebelum pandemik, Thailand menerima hampir 40 juta pelancong dan dapat menyumbang sebanyak 20 peratus kepada pendapatan negara.

40 peratus sudah terima dua dos

Sebelum kerajaan dapat membuka sempadan Thailand sepenuhnya, Prayut melaporkan 70 peratus populasi Thailand perlu divaksinasi pada awal tahun depan.

Dimaklumkan, 40 peratus rakyat Thailand sudah menerima dua dos lengkap vaksinasi Covid-19. Thailand juga mencatatkan lebih kurang 10,000 kes sehari dan sebahagiannya disebabkan oleh penularan varian Delta.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas