Connect with us

Oh! Media

“Tak Penat Ke Berkonten?” – Netizen Nampak Kelibat Aiman Bersama Siti Jamumall

Siti Jamumall Aiman

Trending

“Tak Penat Ke Berkonten?” – Netizen Nampak Kelibat Aiman Bersama Siti Jamumall

Ibu kepada usahawan popular Siti Jamumall, iaitu Norizan Jaaffar, sekali lagi meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya, Aiman, yang didakwa menceraikan anaknya ketika sedang hamil.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Norizan menyifatkan tindakan Aiman itu sebagai “hukum yang keras” dan sukar dimaafkan.

Keras sungguh hukum yang kau bagi dekat Siti ye Aiman, sampaikan hukum tu sendiri tak boleh dimaafkan.

Kelibat ‘lelaki baju merah’ curi perhatian

Apa yang mencetuskan teka-teki dalam kalangan netizen adalah kemunculan seorang lelaki berbaju merah dalam video Norizan yang didakwa mirip Aiman sendiri. Lelaki itu kelihatan berada bersama Siti ketika menjalani pemeriksaan kehamilan di klinik.

IKLAN

Situasi itu menimbulkan persoalan besar, adakah konflik rumah tangga ini benar atau sekadar strategi pemasaran?

Netizen mula ragu-ragu

Sitti Jamumall

Ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang mula mempertikaikan keaslian konflik pasangan tersebut:

Aik baju merah tu kan Aiman? Tak penat ke berkonten?

Kadang-kadang tak faham lah, Aiman ada je dekat sebelah tapi kapsyen seolah-olah Aiman tak ada function.

Banyak sangat buat drama dan marketing, sampai realiti pun aku tak dapat rasa betul ke tidak cerita dia ni.

Namun, masih ramai juga yang mendoakan kesejahteraan dan kekuatan buat Siti dalam menghadapi ujian ini.

Semoga urusan Siti dipermudahkan.

Pssttt! Kisah rumah tangga bukan bahan mainan untuk konten. Kalau benar sedang diuji, harap tabah. Tapi kalau hanya gimik, ingat, kepercayaan orang bukan sesuatu yang boleh dibeli semula.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas