Memakai pelitup muka apabila keluar di tempat awam merupakan perkara wajib ketika ini bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekaligus dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda.
Menerusi laporan daripada Daily Star, terdapat satu rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai menunjukkan seorang wanita menanggalkan pakaian untuk menjadikanya pelitup muka sebelum memasuki ke dalam kedai berkenaan.
Kejadian itu telah mengejutkan pelanggan di sana dan ianya dikatakan berlaku pada malam Sabtu lepas di sebuah kedai di Mendoza, Argentina.
Dihalau kakitangan premis
Walaupun cuba berusaha untuk menjadikan pakaiannya sebagai pelitup muka, kakitangan di premis itu mengarahkan supaya wanita berkenaan keluar daripada premis dan memakai pelitup muka yang sebetulnya.
Betul juga tu, kalau nak dibandingkan pakaian dengan pelitup muka kan tak sama dan mungkin ianya berisiko untuk dijangkiti wabak. Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kita semua dapat memutuskan rantaian wabak ini.