Connect with us

Oh! Media

Tak Henti Dapat Call Lepas Viral, Wanita Ini Mohon Maaf Tak Dapat Terima Bantuan

Cover Photo Om 1200 X 675   2022 03 28t174806540

Trending

Tak Henti Dapat Call Lepas Viral, Wanita Ini Mohon Maaf Tak Dapat Terima Bantuan

Sejak semalam, viral di media sosial video memaparkan seorang wanita menaiki motosikal roda tiga di jambatan angkat Terengganu dalam cuaca panas terik.

Turut bersama kelihatan seorang wanita tua di bahagian penumpang motosikal itu.

BACA: Semalam Viral OKU Rumah Terbakar, Hari Ini Ebit Lew Sampai Bina Rumah

IKLAN

Perkongsian tersebut ternyata tular sehingga wanita yang dikenali sebagai Puan Yati ini tidak putus-putus menerima panggilan daripada orang ramai.

Disebabkan itu, dia berharap orang ramai berhenti menyebarkan maklumat peribadi dirinya kerana ianya melibatkan privasi.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita ini menjelaskan situasi sebenar dan meminta maaf kerana tidak dapat menerima bantuan yang dihulurkan orang ramai kepadanya.

@anaz_aziz Balas kepada @aad1145 ni yg tanpa muzik…jom suppot pn yati di tt👍👍 #hijrahsoleh1 #akakviral #fypterengganu #fyp ♬ bunyi asal – ANAS_AZIZ

Bukan berniat untuk sombong, dia yang menjalankan perniagaan air krim potong berkata rezeki hasil perniagaan cukup untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

Alhamdulillah, ALLAH SWT kurniakan rezeki mencukupi buat saya dan ibu saudara jadi saya tidak berniat terima apa-apa sumbangan.

Penolakan ini bukan kerana sombong tetapi bagi saya lebih ramai lagi orang di luar sana yang memerlukan bantuan dari netizen yang baik hati. Oleh itu penyumbang boleh mencari orang yang benar-benar memerlukan.

Jika ingin membantu, Puan Yati berharap orang ramai boleh menyokong perniagaan ais krim potong dan Amway yang sedang diusahakannya.

Kredit: TikTok Anas Aziz | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas