Connect with us

Oh! Media

“Tak Geli Ke? Kot Kot Terjangkit Ke..”- Doktor Ini Jawab Mengapa Dia Pegang Tangan Pesakit HIV Tanpa Glove

Ohmedia doktor hiv

Trending

“Tak Geli Ke? Kot Kot Terjangkit Ke..”- Doktor Ini Jawab Mengapa Dia Pegang Tangan Pesakit HIV Tanpa Glove

Pada tahun 2022 ini masih ramai yang tiada ‘awareness’ tentang penyakit HIV dan masih menganggap golongan ini ‘pendosa’ serta ‘kotor’.

Baru-baru ini, seorang doktor berkongsi di Instagram peribadinya di mana dia dan pasukannya telah pergi melawat pesakit HIV.

Sebuah video dimuat naik menunjukkan berada di sisi katil dan bersentuhan dengan pesakit di Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM).

IKLAN

Namun, tindakan murni doktor itu mengundang rasa jijik sesetengah individu yang bertindak menghantar mesej peribadi kepadanya di Instagram.

Doktor mesra dipanggil Sha ini ada berkongsi ‘screenshot’ persoalan beberapa netizen yang mempersoal tindakannya menyentuh tanpa memakai sarung tangan.

Boleh ke pegang pegang pesakit macam ni? Tak ada glove semua. Tak geli ke? Kot kot terjangkit ke.”

Menerusi ‘posting’ tersebut, Sha telah menjelaskan bahawa dia tidak risau dan tidak kisah menyentuh pesakit HIV kerana penyakit itu tidak berjangkit hanya dengan sentuhan jika tiada luka.

Dia juga sudah membuat pemeriksaan dan tahu dirinya dalam keadaan sihat. Jelasnya lagi tidak memakai sarung tangan juga adalah cara untuk menjaga hati pesakit.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas