Pelakon lelaki popular Remy Ishak tampil memaklumkan isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan anak sulung mereka di di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Pengumuman gembira itu dibuat oleh pelakon itu sendiri menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, sebentar tadi.
Menerusi perkongsian itu, Remy turut berkongsi keadaan isteri dan anak pertamanya dalam keadaan yang baik dan sihat.
Walau bagaimanapun, pelakon itu setakat ini memilih untuk tidak mendedahkan wajah dan jantina anak pertama mereka.
Assalamualaikum, alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11:17am, bertarikh 27 julai 2023. di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Keadaan Isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik., terima kasih diatas kiriman doa dan ucapan tahniah, sekian terima kasih #remyishak #ezzayusof #ohbabyremy #remyezza.