Connect with us

Oh! Media

Tahanan Kuarantin Terkejut, Dihidangkan Babi Dalam Bekal Makanan

Trending

Tahanan Kuarantin Terkejut, Dihidangkan Babi Dalam Bekal Makanan

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang individu yang dikatakan sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel di Ipoh mendakwa jika dia telah dihidangkan dengan bekalan makanan yang mempunyai babi.

ADVERTISEMENT

Individu itu juga turut mendakwa pada mulanya, dia sudah pun memaklumkan kepada kakitangan di hotel itu sejak dari awal tentang dirinya yang merupakan seorang ‘vegetarian’ (tidak makan daging haiwan) dan dia juga telah mengesahkan bahawa daging yang boleh dihidangkan atau dimakannya hanyalah daging ayam.

Individu itu juga ada mendakwa, kebanyakan makanan yang disediakan tidak mempunyai label dan sedikit sebanyak membuatkan dia mula meragui tentang ayam yang dihidangkan kerana ianya dikatakan tidak mempunyai rasa lansung seperti ayam.

Lebih mengejutkan apabila bekalan hidangan makan malam yang diterimanya tertera tulisan ‘pork’ (babi) dan bukannya ayam seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini. 

Bekal makanan yang dilabel dengan ‘pork’ seperti yang didakwa individu tersebut.

Berikutan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor telah pun menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat tentang dakwaan individu yang menjalani tempoh kuarantin di sebuah hotel itu jika benar dia telah menerima bekalan hidangan yang mempunyai babi.

Kita sedang menyiasat mengenai kenyataan yang ditularkan oleh individu itu dan pihak kami (MKN) sudah sedia maklum berhubung perkara berkenaan sejak dua hari lalu.

Kita sudah serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut. – kata Pengarahnya, Khairul Ridzuan Mat Said.

Khairul Ridzuan berkata, secara umumnya segala urusan berkaitan makanan, penginapan, keperluan asas penghuni adalah di bawah tanggungjawab agensi di pusat kuarantin.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab daripada agensi ini mungkin akan menyemak semula adakah perkara ini benar atau tidak. -Katanya.

Kredit: Berita Harian


Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas