Connect with us

Oh! Media

Tahan Pemandu Patuh Peraturan Jalan Raya, Anggota Polis Trafik Disiasat

Trending

Tahan Pemandu Patuh Peraturan Jalan Raya, Anggota Polis Trafik Disiasat

Apabila kita memandu, kita perlulah mematuhi segala peraturan jalan raya yang telah ditetapkan bagi mengelakkan disaman dan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada kita dan juga pemandu-pemandu jalan raya yang lain.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) “Bahayakan Nyawa Orang Lain” – Tindakan Konvoi Polis Potong ‘Double Line’ Dikecam Netizen

Tapi, apa perasaaan korang bila korang dah patuh segala peraturan jalan raya tetapi korang ditahan dan disaman tanpa sebab? Mesti korang pelik kan?

Tak buat salah pun kena tahan polis

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila dia ditahan seorang pegawai polis trafik ketika memandu.

Menerusi rakaman ‘dashcam’ keretanya, dapat dilihat tiada sebarang kesalahan yang dilakukan pemandu tersebut tetapi dengan secara tiba-tiba dia ditahan dan diminta untuk memberhentikan kenderaannya.

Lelaki itu terkejut apabila pegawai polis yang menahannya itu mengatakan bahawa dia telah melanggar lampu merah.

Polis tersebut kemudiannya mengeluarkan surat saman kepada lelaki tersebut yang didakwanya melanggar peraturan jalan raya.

Polis Ipoh jalankan siasatan ke atas anggota polis

Dalam pada itu, pihak PDRM Ipoh telah mengesahkan bahawa siasatan akan dilakukan terhadap perkara yang tidak sepatutnya berlaku ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, anggota polis yang melakukan kesilapan itu juga telah dikenal pasti.

Siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Anggota polis trafik yang menjalankan tugas semasa kejadian itu juga telah dikenal pasti

Asisten Komisioner Yahaya Hassan turut meminta pemandu yang merakam keadaan itu untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Polis mengambil berat terhadap sebarang aduan awam berhubung salah laku pegawai atau anggota demi memperkasakan lagi tahap integriti yang menjadi fokus utama Ketua Polis Negara.

Terima kasih kepada pemandu kenderaan terbabit yang memberi maklum balas mengenai mutu perkhidmatan pasukan ini

Apa pandangan korang dengan keadaan yang berlaku ni?

Kredit: Facebook Pali kmtg | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas