Connect with us

Oh! Media

Syarikat Edar Stoking Kalimah Allah Ditutup, MPBP Batal Lesen Operasi

Trending

Syarikat Edar Stoking Kalimah Allah Ditutup, MPBP Batal Lesen Operasi

Isu pengedaran stoking tertera kalimah Allah masih hangat dibincangkan. Lesen operasi syarikat Xin jian Chang Sdn. Bhd telah dibatalkan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) selepas diserbu.

ADVERTISEMENT

BACA: 5 Pasang Stokin Kalimah Allah Ditemui Di Sebuah Kilang Batu Pahat

Notis pembatalan operasi syarikat itu diserahkan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin di Menara MPBP kepada Pengarah Urusan syarikat itu.

Menurut laporan Berita Harian, MPBP mengambil tindakan selaras dengan Undang-Undang Kecil 13 (2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Perlesenan Tred, perniagaan dan Perindustrian (MPBP) 2016.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan tindakan dilakukan selepas mendapati syarikat itu melanggar syarat aktiviti lesen perniagan yang diluluskan.

Kilang tersebut telah berhenti beroperasi sehari selepas pihak polis menemukan lima pasang stoking dengan kalimah Allah.

Disebabkan kontroversi itu, Kerajaan Johor menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bersepadu Negeri bagi pemantauan dan penguatkuasaan isu persenda agama islam.

Satu garis panduan khas telah dirangka bagi menggariskan bagaimana perniagaan di negeri perlu beroperasi supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

Kontroversi itu juga telah menaikkan kemarahan umat Islam dan meminta supaya pihak pengurusan syarikat serta KK Super Mart untuk minta maaf secara terbuka.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas