Connect with us

Oh! Media

‘SYA BUAYA’ Disita Dalam Ops Samseng Jalanan

Ac1c218a 5526 40fd b8a0 d81440c4c5cd

Trending

‘SYA BUAYA’ Disita Dalam Ops Samseng Jalanan

Baru baru ini Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud dilaporkan telah menjalankan Ops Samseng Jalanan di sekitar daerah itu.

Operasi yang berlangsung selama empat hari itu juga dikatakan telah berjaya menyita sebanyak 13 motosikal untuk siasatan lanjut.

Bukan itu saja, malah kesalahan mereka mengubah suai ekzos dan juga nombor plat dengan perkataan ‘SYA BUAYA’ juga antara salah satu kesalahan yang dapat dikesan dalam operasi, semalam.

IKLAN
46b3d5c0 cbe3 4c5b 804d fe3530bd27df

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, sepanjang operasi itu, sebanyak 13 motosikal disita kerana ekzos pada motosikal yang telah diubahsuai selain beberapa kesalahan lain.

Ada juga motosikal yang dirampas selepas dipercayai terbabit dalam kes curi pada 2012.

Dalam operasi ini, polis telah mengeluarkan sebanyak 23 saman trafik. – Katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Menurut Mohd Zaidi, buat mereka yang mahu menuntut semula motosikal yang telah disita, mereka haruslah memasang semula ekzos asal terlebih dulu.

Kita tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik yang mengubahsuai ekzos motosikal mereka sehingga mengeluarkan bunyi bising.

Saya juga menyeru kepada masyarakat di Kota Belud supaya terus memberi kerjasama dengan pihak polis bagi membendung gejala tidak sihat ini terutama golongan belia. – Katanya.

Kredit: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas