Connect with us

Oh! Media

Ini Punca Sebenar Suspek Simbah Asid Kepada Sarjan Polis!

Simbah2basidjpg

Trending

Ini Punca Sebenar Suspek Simbah Asid Kepada Sarjan Polis!

Korang mesti dah tengok video yang tersebar di mana seorang sarjan polis melecur akibat disimbah asid oleh suspek yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota pada hari Isnin lalu.

Bagaimanapun, semalam Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali telah memaklumkan yang 2 orang suspek berusia 40 dan 41 tahun telah berjaya ditangkap.

BACA: (Video) Lelaki Disimbah Asid Depan Rumah Selepas Kena Umpan ‘Delivery’ Hamper

IKLAN

Suspek utama telah berjaya ditahan di hadapan sebuah restoran Chukai, Kemaman dan seorang lagi suspek yang dipercayai merupakan pemilik motosikal terbabit turut ditahan di sebuah rumah di Kampung Bahagia.

Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek menyimpan rasa dendam terhadap anggota polis terbabit kerana telah membocorkan rahsia status dirinya sudah berkeluarga kepada keluarga teman wanita suspek.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – Kata pihak polis.

Anggota polis yang menjadi mangsa simbahan asid kini sedang dirawat dihospital selepas dada, belakang tengkuk, lengan kiri, pipi kanan dan dahi melecur teruk.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan suspek simbah asid di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas