Connect with us

Oh! Media

Supermodel Terkenal, Bella Hadid Turut Berarak Di New York Untuk Palestin

Bella Hadid

Trending

Supermodel Terkenal, Bella Hadid Turut Berarak Di New York Untuk Palestin

Supermodel terkemuka Victoria Secrets, Bella Hadid turut bersama-sama berarak bagi menunjukkan sokongan terhadap Palestin di New York semalam.

Beliau yang mempunyai kacukan Palestin turut berkongsi foto serta video semasa acara protes tersebut berlangsung di kota New York itu.

Bella 1
Cover photo artikel 28

“Saya rasa berbesar hati dapat berada dalam kalangan warga Palestin yang jelita, pintar, saling hormat-menghormati, menyayangi, baik hati dan tidak lokek, berkumpul di satu tempat.

“Kami generasi yang unik! Kebebasan untuk Palestin!” tulis beliau di Instagram.

Bella Hadid merupakan anak kepada mogul hartanah berketurunan Palestin, Mohamed Hadid yang juga memberikan sokongan penuh kepada negara asalnya di media sosial.

IKLAN

“Saya berdiri bersama saudara-saudara Palestin saya. Saya akan jaga dan sokong mereka semampu saya. Saya sayangkan kamu semua.

“Saya faham apa yang kamu semua rasakan dan saya menitiskan air mata untuk kamu,” katanya.

Sokongan dan lantangan perkongsian Hadid membuatkan beliau dipuji ramai pengguna media sosial terutamanya di Malaysia kerana menggunakan platform sosial media beliau untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Kredit : HarianMetro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas