Connect with us

Oh! Media

”Sumpah Dia Kena ‘Game’ Dengan Awek Tu” – Naim Daniel Didakwa Kena Aniaya?

Ohmedia naim daniel mahkamah

Trending

”Sumpah Dia Kena ‘Game’ Dengan Awek Tu” – Naim Daniel Didakwa Kena Aniaya?

Naim Daniel nafi dakwaan amang seksual terhadap remaja 17 tahun. Kes masih dalam siasatan tapi netizen dah mula berpecah dua.

Nama penyanyi dan pelakon popular, Naim Daniel sekali lagi menjadi tumpuan hangat apabila dia didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang gadis bawah umur.

Namun begitu, Naim telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut ketika hadir ke perbicaraan di mahkamah dua hari lepas.

Mangsa didakwa ‘perangkap’ Naim Daniel?

Walaupun dakwaan itu mengejutkan ramai, peminat setia Naim Daniel tetap teguh menyokong artis kesayangan mereka menerusi satu hantaran di X

IKLAN

Ada yang berpendapat kejadian ini tak mungkin berlaku jika “bertepuk sebelah tangan” sahaja. Malah, lebih kontroversi lagi apabila ada yang mendakwa mangsa sengaja ‘menganiaya’ Naim.

Sumpah dia kena game dengan awek tu. Awek tu kena sumpah Quran demi kebenaran.

Masih dalam perbicaraan, warganet minta jangan buat tuduhan melulu

Naim Daniel

Kalau korang tengok ruangan komen, ada yang marah dengan kenyataan melulu peminat dan ada juga yang mengingatkan bahawa kes ini masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Tunggu keputusan rasmi dulu, jangan terus jatuhkan hukuman.

Pssttt! Kes begini perlu ditangani dengan bijak dan sabar. Hormati proses undang-undang, jangan terus menghukum atau menuduh. Kebenaran akan terbukti pada akhirnya.

Kredit: X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas