Kejadian di China, seorang ibu telah membina sebuah sangkar khas buat anaknya untuk dibawa ke tempat kerja. Difahamkan, wanita itu terpaksa bawa anaknya yang berumur dua tahun itu kerana suaminya yang berada di rumah tak boleh diharap, hanya sibuk bermain game.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Thesundaily, wanita tersebut terpaksa membawa anaknya sekitar tujuh hingga lapan jam sehari untuk menjual jelly ais di bandar Tongren, Guizhou.
Walaupun kesian melihat anaknya tidak memiliki kebebasan, namun inilah cara yang dia mampu buat kerana nasib memiliki suami yang tidak bertanggungjawab, tidak bekerja dan hanya tahu main game saja.
Urusan rumah tangga dan tanggungjawab terhadap anak pun suaminya abaikan.
Netizen yang melihat video itu semuanya sedih dan bersimpati terhadap wanita itu. Ramai juga yang kesal dan geram dengan sikap si suami yang tak bertanggungjawab itu.
Lebih senang nak kerja, anak pun selamat
Pilihan yang baik, daripada tinggal anak dengan suami yang tak ambil kisah