Connect with us

Oh! Media

Suami Sanggup Tikam Isteri, Dakwa Isteri Ada Hubungan Dengan Lelaki Lain

Trending

Suami Sanggup Tikam Isteri, Dakwa Isteri Ada Hubungan Dengan Lelaki Lain

Seorang lelaki warga Indonesia sanggup menikam isterinya dalam satu kejadian yang berlaku di kediaman mereka di Sungai Ramal, Kajang, Ahad lalu. Kejamnya!

Memetik laporan Harian Metro, suspek yang juga merupakan seorang warga Indonesia mendakwa isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain sebelum bertindak menikam mangsa menggunakan senjata tajam sebanyak empat kali.

Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan selaku Ketua Polis Kajang berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas menerima panggilan Mers 999 daripada orang awam.

IKLAN

Mangsa dimasukkan ke Zon Kritikal lalu dipindah ke wad di Hospital Kajang.

Mangsa mengalami kecederaan parah akibat ditikam dan doktor mendapati terdapat empat kesan tikaman di bahagian dada, masing-masing dua kesan tikaman di tangan kiri dan kaki kanan, satu tikaman di kaki kiri dan satu tikaman di bawah dagu.

Difahamkan, punca kejadian disebabkan suspek cemburu dengan mangsa dipercayai mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Kini, polis sedang mengesan suspek dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana balai polis.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas