Dalam satu kenyataan media, pihaknya menegaskan adegan yang dipaparkan tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi untuk tujuan promosi.
Malah, babak tersebut tiada dalam perbincangan dan tidak mendapat kelulusan daripada stesen TV.
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai mencadangkan stesen TV menyiarkan program yang berfaedah dan berbentuk keagamaan sempena bulan Ramadan yang akan tiba.
Mereka merindui program Jejak Rasul dan drama-drama ‘lejen’ seperti Diari Ramadhan Rafique, Rumah Kedai, Syurgamu Ramadhan dan sebagainya.