Connect with us

Oh! Media

SPRM Nafi Terima Arahan Siasat Ismail Sabri, Bertindak Secara Bebas!

Copy of Untitled Design   2

Trending

SPRM Nafi Terima Arahan Siasat Ismail Sabri, Bertindak Secara Bebas!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan menerima arahan daripada mana-mana pihak untuk menyiasat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tiada campur tangan dalam kes Ismail Sabri, SPRM bertindak sendiri

Sprm Mail

Menurut laporan Sinar Harian, siasatan terhadap Perdana Menteri ke-9 itu dibuat berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima oleh suruhanjaya tersebut dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Kami menyiasat secara profesional dan adil, tanpa melihat sebarang darjat atau kedudukan. Tiada arahan daripada sesiapa. Kami bertindak sendiri.

Beliau turut menegaskan bahawa SPRM akan menyiasat sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dan mendapat manfaat daripada kes ini.

IKLAN

Siasatan berkaitan dana Keluarga Malaysia

Insurans

Untuk info, Ismail Sabri sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana promosi serta perolehan bagi program Keluarga Malaysia.

Siasatan ini masih berjalan dan pihak SPRM akan meneliti setiap aspek kes sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

#ApaKataOhmedia

Dalam apa jua siasatan, penting untuk kita tidak membuat sebarang spekulasi dan biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan telus. Apa pendapat korang tentang isu ini?

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas