Trending
Sindiket Vape Kokain RM7.2 Juta Tumpas, Rampasan Berprofil Tinggi Pertama Di Malaysia
Polis tumpas sindiket vape kokain pertama di Malaysia dengan rampasan RM7.2 juta sasar golongan VIP.
Siapa sangka, katrij vape yang kelihatan biasa rupa-rupanya mengandungi dadah jenis kokain bernilai jutaan ringgit.
Lapor Harian Metro, sindiket pertama seumpamanya di Malaysia berjaya ditumpaskan pihak polis dalam serbuan berprofil tinggi di parkir sebuah hotel mewah di Ampang Jaya.
Dadah dalam katrij vape dijual RM1,500
Difahamkan, dadah tersebut dibawa masuk dari Singapura dan dipercayai untuk pasaran antarabangsa serta golongan kenamaan (VIP) di negara ini.
Pihak polis telah menahan empat individu iaitu seorang rakyat tempatan dan tiga warga Singapura.

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, hasil pemeriksaan kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire menemui 10 kotak mengandungi 4,958 katrij cecair vape yang mengandungi dadah jenis kokain.
Hasil siasatan juga membawa kepada penemuan sebuah kondominium di ibu negara yang dijadikan tempat pembungkusan semula katrij tersebut.
Difahamkan, kesemua katrij ini dihantar ke luar negara menggunakan perkhidmatan kurier. Pihak polis bagaimanapun percaya, katrij kokain ini turut dijual kepada golongan VIP memandangkan ianya berharga RM1,500 setiap satu.
Ujian urin positif ketamin, ada rekod lampau

Siasatan mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis ketamin manakala dua daripada empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
Mereka kini direman selama tujuh hari bermula 20 hingga 26 Jun ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Kanun Keseksaan.
Dilaporkan, tangkapan ini merupakan rampasan pertama melibatkan katrij cecair vape kokain kerana negara Asia tidak mendapat permintaan terhadap jenis ini kerana harga yang tinggi.
Pssttt! Tahniah PDRM di atas usaha keras anda! Vape pun dah ada dadah sekarang. Risau betul masa depan anak-anak muda negara.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.