Connect with us

Oh! Media

Sindiket Tawar Pakej Vaksin Secara Dalam Talian, Dua Sahabat Diberkas

Trending

Sindiket Tawar Pakej Vaksin Secara Dalam Talian, Dua Sahabat Diberkas

Terdapat banyak sindiket yang melibatkan penipuan dalam talian yang sering berlaku di negara ini termasuklah penipuan pembelian wang lama, produk-produk tiruan dan sebagainya. Terbaru dan sesuai dengan situasi sekarang, pihak tidak bertanggungjawab ini muncul menjual vaksin secara dalam talian.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, dua orang suspek yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita ditahan selepas mereka dikatakan menjadi sindiket penipuan dengan mempromosikan pakej vaksin Covid-19 secara dalam talian dan panggilan telefon kepada orang ramai.

Harga yang ditawarkan kepada orang ramai untuk membeli vaksin itu berjumlah RM400 kepada warga tempatan, manakala RM800 kepada warga asing.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Kamarudin Md Din berkata, tangkapan itu terjadi disebabkan pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan yang mendakwa menerima maklumat daripada rakannya berkaitan pakej vaksin tersebut.

Hasil maklumat yang diperolehi, kami menahan kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 26 dan 27 tahun dalam serbuan di Selangor semalam.

Siasatan awal tentang taktik kotor suspek mendapati mereka membuat penawaran pakej vaksin melalui Facebook dan panggilan telefon, pelanggan yang berminat akan didaftarkan ke dalam Program Covid-19 Selangor (SCVP) melalui aplikasi Selangkah.

Tambahnya lagi, jika pembeli berminat, mereka akan didaftarkan sebagai senarai menunggu dan pembayaran akan dibuat selepas nama mereka tersenarai sebagai penerima vaksin.

Suspek mendakwa kira-kira 30 orang sudah dihubungi berkenaan pakej vaksinasi terbabit dan 10 peratus sudah menyatakan minat untuk membeli pakej yang ditawarkan.

Semakan lanjut mendapati sehingga kini pendaftaran SCVP hanya dihadkan kepada syarikat sahaja dan masih belum dibuka untuk individu persendirian.

Suspek yang ditahan akan direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Kamarudin turut menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan sindiket penipuan melibatkan vaksin dan meminta orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat jika terdapat kejadian melibatkan penjualan vaksin Covid-19.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas