Connect with us

Oh! Media

Sindiket PLKS Palsu, 6 ‘Orang Dalam’ Ditahan Disyaki Godam Sistem JIM

Trending

Sindiket PLKS Palsu, 6 ‘Orang Dalam’ Ditahan Disyaki Godam Sistem JIM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru-baru ini telah berjaya mematahkan sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang disyaki didalangi bekas kakitangan JIM sendiri.

ADVERTISEMENT

Dalam operasi besar-besaran di 22 lokasi sekitar Kuala Lumpur itu membawa kepada penahanan lima individu termasuk ketua sindiket yang bergelar Datuk.

Kredit foto: Berita Harian Online

Terbaru, Harian Metro melaporkan, dua kakitangan JIM dan empat pekerja teknikal syarikat pembekal sistem telah ditahan bagi membantu siasatan berkaitan Sistem MyIMMs yang digodam.

Dua kakitangan tersebut dipercayai bersekongkol dengan sindiket haram untuk menggodam sistem jabatan. Turut ditemui beberapa jenis komputer di JIM dilengkapi dengan peranti dan perisian untuk menggodam.

Dipercayai kesemua kakitangan terbabit turut menerima rasuah sebagai habuan kerana bersubahat dalam kegiatan ini.

Rentetan daripada itu, beberapa perkakasan teknologi maklumat dan komputer di JIM disita.

SPRM dilaporkan telah mengenal pasti empat hotel ternama yang dijadikan pusat operasi mereka di sekitar Kuala Lumpur.

Kredit foto: Harian Metro

Terdahulu, sumber melaporkan sistem yang digodam membolehkan ahli-ahli sindiket mencetak PLKS dan menjualnya kepada warga asing yang bekerja secara haram di negara ini.

Sindiket ini dengan kerjasama ‘orang dalam’ berjaya mengodam pengkalan data JIM dengan memasang ‘transmiter’ untuk membolehkan anggota sindiket untuk menukar kata laluan pegawai imigresen dan seterusnya mencetak PLKS dari pusat operasi mereka di luar pejabat JIM.

Dianggarkan ratusan ribu PLKS palsu telah dicetak sindiket ini dengan bayaran antara RM6,000 ke RM8,000 bagi setiap PLKS.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas