Connect with us

Oh! Media

Sikit Lagi Nak Kena Langgar, Netizen Geram Lihat Budak Lari Melintas Jalan Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

Ohmedia kemalangan

Trending

Sikit Lagi Nak Kena Langgar, Netizen Geram Lihat Budak Lari Melintas Jalan Tanpa Pengawasan Ibu Bapa

Dah banyak sangat kejadian macam ni berlaku dan nampaknya ia masih berlaku. Kenapalah kita sebagai orang dewasa ni terlalu cuai sampai abaikan keselamatan anak-anak? Memang sekarang waktu yang sesuai untuk membawa anak-anak keluar berjalan dan bercuti selepas duduk lama dalam rumah akibat wabak tetapi tolonglah sentiasa pantau tingkah laku anak-anak masa dekat tempat awam.

Ohmedia rasa geram sangat lepas tengok video satu rakaman dashcam apabila seorang budak nyaris dilanggar kereta selepas berlari melintasi jalan raya. Lebih menyakitkan hati apabila kanak-kanak itu tidak dipantau orang dewasa.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Pantai Puteri Melaka dan ia mengundang kemarahan netizen. Mana pergi ibu bapa budak ni?

IKLAN

Tengoklah keadaan kereta yang banyak tu, sipi-sipi sangat budak tu nak kena langgar. Budak-budak ni memang sibuk dengan dunia mereka je, orang dewasa wajib pantau.

Ini apa yang berjaya dirakam, banyak lagi kecuaian macam ni berlaku sampai libatkan kemalangan dan kematian. Semoga apa yang berlaku ini jadi peringatan kepada kita yang dewasa untuk lebih berhati-hati. Apapun pemandu pemilik dashcam ni hebat sebab peka dengan keadaan sekeliling.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas