Siapa tak kenal dengan pempengaruh TikTok dikenali sebagai Cikgu Ayu yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa isu viral.
BACA: Cikgu Ayu Mohon Maaf Isu Tapau Makan Di Rumah, Jelaskan Situasi Sebenar
Cikgu Ayu yang merupakan seorang pendidik di pra sekolah difahamkan sudah meletakkan jawatan sejak tahun lalu.
Perletakan jawatan itu dipercayai bukan kehendaknya tetapi terpaksa disebabkan pegawai atasan yang tidak berpuas hati.
Pegawai KPM bagi 40 markah
Terbaru, Cikgu Ayu menangis mendakwa dirinya masih menjadi bahan kutukan pegawai atasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terbabit.
Dalam satu sesi live di TikTok, Cikgu Ayu yang kini aktif berniaga tak dapat menahan emosi apabila mendapat tahu pegawai itu menggunakan gambarnya sebagai contoh guru yang tak baik.
Masih diaibkan walau dah resign
Bekas guru ini turut memuat naik screenshot komen daripada rakan-rakan cikgu dan ibu bapa yang memuji kemampuannya mengajar secara kreatif. Anak-anak pun seronok!
Tetapi, pegawai KPM itu seolah-olah sengaja mencari salahnya sehingga memberi markah yang rendah dalam penilaian iaitu sebanyak 40% sahaja.
Kredit: TikTok Cikgu Ayu
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.