Pelakon, Shakilla Khoriri akui sudah penat melayan isu sama hampir tiga tahun dimana dia didakwa ada hubungan dengan suami orang.
Meskipun aktres ini sudah minta untuk tidak memanjangkan lagi isu ini, tapi sampai ke harini ia masih menjadi bualan netizen.
Menurut Shakilla, dia penat menjaga aib orang yang sudah berbuat jahat kepadanya tetapi berpura-pura tidak tahu.
Pelakon wanita yang berusia 34 tahun itu turut berkata dia minta semua pihak menghentikan sebarang spekulasi yang boleh melukakan hati pihak keluarganya.
Terdahulu, Shakilla Khoriri dituduh menjalin hubungan sulit bersama suami orang, tetapi aktres itu bertindak untuk mencari individu yang menyebar fitnah terhadapnya.