Connect with us

Oh! Media

Seramai 70,000 Penjawat Awam Buat Pinjaman Peribadi Untuk Sambut Hari Raya

Copy of Untitled Design   1

Trending

Seramai 70,000 Penjawat Awam Buat Pinjaman Peribadi Untuk Sambut Hari Raya

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, semakin ramai penjawat awam di Malaysia mengambil pinjaman peribadi bagi menampung perbelanjaan perayaan.

Menurut laporan Utusan, seramai 70,000 kakitangan awam telah membuat pinjaman peribadi. Jumlah ini meningkat 10% berbanding bulan biasa yang hanya mencatatkan sekitar 60,000 peminjam.

Perkara itu dikatakan sendiri Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah.

IKLAN

Kenapa ramai berhutang?

Duit

Peningkatan pinjaman ini selari dengan trend tahunan, di mana permohonan pinjaman biasanya melonjak menjelang musim perayaan atau ketika menghadapi keperluan kewangan mendesak.

Antara faktor utama yang mendorong penjawat awam berhutang termasuk:

  • Persiapan Aidilfitri – Baju raya, duit raya, balik kampung & juadah raya
  • Keperluan pendidikan – Yuran sekolah & pendaftaran universiti anak-anak
  • Kos sara hidup tinggi – Beban kewangan memaksa mereka mencari penyelesaian jangka pendek
  • Kekurangan simpanan kecemasan – Tiada tabungan menyebabkan mereka terpaksa membuat pinjaman

Potongan gaji cecah RM1.5 bilion sebulan!

Ohmedia duit simpanan

Abdul Fattah turut mendedahkan bahawa lebih 800,000 penjawat awam telah mengambil pinjaman melalui sistem pemotongan gaji. Jumlah potongan ini mencecah antara RM1.2 bilion hingga RM1.5 bilion setiap bulan!

Beliau menasihatkan penjawat awam supaya merancang kewangan dengan lebih bijak, mengelakkan perbelanjaan berlebihan, dan mula membina tabungan kecemasan.

#ApaKataOhmedia

Aidilfitri sepatutnya disambut dengan kesederhanaan, bukan dengan hutang yang membebankan! Sebelum membuat pinjaman, fikirkan jangka panjang dan pastikan anda mampu membayarnya semula. Raya tetap meriah walaupun sederhana!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Utusan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas