Connect with us

Oh! Media

“Semua Ada Dalam Skrip, Shuib Dah Tahu” – Dikecam Netizen, Rosyam Nor Dedah Cerita Sebenar

ROSYAM NOR

Trending

“Semua Ada Dalam Skrip, Shuib Dah Tahu” – Dikecam Netizen, Rosyam Nor Dedah Cerita Sebenar

Kecoh sebelum ini, netizen mengecam Rosyam Nor kerana bertanyakan soalan yang agak sensitif kepada Shuib sehingga menyebabkan dirinya dilabel sebagai ‘biadab’.

ADVERTISEMENT

BACA: Rosyam Nor Disifatkan Biadap, Paksa Shuib Kahwin Lagi Ketika ‘Live’

Menurut laporan Kosmo, Rosyam Nor menemplak sangkaan netizen dengan menyatakan bahawa itu semua merupakan gurauan terancang dan Shuib sudah tahu akan soalan yang diberikan.

Netizen cari silap nak bahan

rosyam nor

Rosyam Nor menerangkan bahawa apa yang terjadi pada malam itu merupakan gurauan terancang dan semuanya ada dalam skrip.

Shuib tahu apa yang ingin saya tanyakan dan dia juga bersedia untuk membalas pertanyaan saya dalam cara yang tidak terlalu formal.

Jadi itu bukanlah sesuatu yang tidak sensitif atau saya cuba menjatuhkan maruah Shuib dengan bertanyakan soalan sedemikian.

Jelasnya, hubungan dengan Shuib juga tidak terjejas, mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penyampai anugerah pada acara Anugerah MeleTOP Era 2022 (AME 2022) pada malam itu.

Selepas kami sampaikan anugerah, kami siap melepak dan bergurau di pentas belakang. Memang tiada apa yang perlu digembar-gemburkan tapi biasalah, netizen akan mencari silap untuk dijadikan bahan bualan di media sosial.

Orang yang kenal saya, tahu saya orangnya macam mana. Bagaimana saya bergurau dan bila waktunya saya serius.

Saya bukan anak seni yang bekerja sehari dua dalam industri dan disebabkan itu, saya harap sesiapa yang sebarkan berita yang tidak sepatutnya berdasarkan tanggapan atau pendapat netizen, lebih baik berhenti atau muhasabah diri.

Shuib tak ambil hati

rosyam nor

Shuib juga mengatakan beliau tidak ambil hati langsung mengenai isu yang hangat diperkatakan itu. Shuib bahkan sangat menghormati Rosyam Nor sebagai senior seniman.

Semasa saya jumpa beliau dan sebelum sampaikan trofi, saya dah berborak dengannya, macam biasa berborak pasal arwah. Beliau dengan arwah lagilah, sejak arwah kecil dah saling mengenali.

Jadi, saya hanya beranggapan apa yang berlaku hanya satu gurauan daripada seseorang yang saya dah kenal lama. Yang rapat juga dengan saya termasuk arwah. Insya-Allah, saya tiada apa-apa isu pun sebenarnya. Tiada rasa sikit pun. Memang tiada.

Shuib memberitahu bahawa banyak inspirasi yang Rosyam beri kepadanya dan Rosyam Nor merupakan idolanya. Oleh itu, beliau sayang dan sangat menghormati Rosyam Nor.

Mungkinlah netizen ataupun orang luar beranggapan perkara itu tak berapa sedap didengar di cuping telinga mereka, jadi mereka berhak untuk meluahkan perasaan itu dan kenapa soalan begitu dan sebagainya. Jadi, insya-Allah, kalau ada salah silap mohon maaf. Itu sahajalah.

Shuib dengan Rosyam Nor pun sebenarnya tak ada apa-apa masalah, jadi netizen dah boleh berhenti bagi kecaman okay?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas