Connect with us

Oh! Media

Semakin Mengganas, UK Kesan Kematian Pertama Omicron

Article 5 14 12

Trending

Semakin Mengganas, UK Kesan Kematian Pertama Omicron

Kini, satu kematian akibat dari jangkitan varian baharu Covid-19, Omicron telah dikesan di United Kingdom (UK).

BACA: ‘Total Lockdown’ Bukan Satu Langkah Yang Bijak Untuk Tangani Omicron – WHO

Menerusi laporan Harian Metro, kes yang dilaporkan oleh UK ini masih tidak dapat dikenal pasti sama ada ia merupakan kes kematian Omicron pertama di dunia ataupun tidak.

IKLAN

Omicron semakin menular, kemasukan ke hospital semakin meningkat

Kematian

Perdana Menteri, Boris Johnson menyatakan kemasukan pesakit di hospital akibat varian Omicron semakin meningkat dan sebanyak 40 peratus kes varian baru itu menular di ibu negara.

Dukacitanya, sekurang-kurangnya seorang pesakit disahkan maut akibat Omicron.

Kematian tersebut telah disahkan sebagai kes kematian pertama akibat Omicron oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC).

Walaupun mutasi virus Omicron dikesan pertama kali di Afrika Selatan, namun negara tersebut tidak mengumumkan sebarang kematian berkaitan dengan Omicron.

Johnson mengumumkan langkah kecemasan diperlukan untuk mengelakkan hospital terus penuh dengan pesakit Covid-19 pada minggu-minggu seterusnya.

Semoga virus ini tidak memudaratkan lebih ramai lagi orang dan semoga negara kita dilindungi daripada virus baru yang kian menular ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas