
Trending
Semak Pengeluaran Khas KWSP Bermula 9 April Ini
Oleh
Mesti ramai yang dah memohon Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bermula pada 1 April lepas kan?
BACA : Ini Dua Cara Untuk Pencarum Mohon KWSP Bermula 1 April Nanti
Bagi pencarum yang sudahpun membuat permohonan, korang boleh menyemak status pengeluaran khas itu pada 9 April nanti ya.
Menurut laporan Kosmo, KWSP menjelaskan bahawa pencarum boleh membuat semakan sepenuhnya secara online sahaja melalui https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/.
KWSP juga telah menjelaskan bahawa jumlah maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM10,000 manakala jumlah minimum RM50 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan diakses.
Permohonan berkenaan terbuka kepada ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun dan pembayaran akan dibuat dalam satu bayaran sahaja.
Kredit: Kosmo
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
