Sebaik sahaja tiba, suasana dan perasaan sepanjang berada di sana akan berubah. Kita akan jadi semangat untuk melakukan segala ibadat kerana orang sekeliling turut melakukan perkara sama, tak sempat fikir hal dunia lagi. Percayalah.
Risau lihat trend umrah untuk kejar populariti…
Akan tetapi, seorang individu bernama Ustaz Kamilin Jamilin bersuara kerana risau melihat trend umrah yang dilakukan oleh segelintir influencer serta selebriti.
Hal tersebut sering kali dapat dilihat terjadi di media sosial, di mana ada yang menggunakan ia untuk promosikan produk sendiri. Tidak cukup dengan itu, setiap apa yang dilakukan di sana pasti akan ditunjukkan di media sosial.
Walhal, tujuan utama melakukan umrah adalah untuk beribadat dan menuai rasa untuk insafkan diri, bukannya tempat untuk berlakon mencium Kaabah.
Sejak video tersebut dikongsikan, ramai netizen bersetuju dengan pandangan ustaz terbabit. Rata-rata turut berasa risau melihat segelintir selebriti seolah-olah menjadikan konten di Tanah Suci demi secebis populariti.
Apapun, kita tidak tahu niat mereka. Jika niat mereka hanyan ingin berkongsi dan menginspirasi orang lain untuk turut tanam cita-cita ke tanah suci, itu sudah cukup baik.