Connect with us

Oh! Media

Selepas Najib Dan Rosmah, Giliran Bung Moktar Pula Dibicarakan

Trending

Selepas Najib Dan Rosmah, Giliran Bung Moktar Pula Dibicarakan

Selepas Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, kini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dipanggil bagi membela diri atas pertuduhan rasuah bernilai RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

ADVERTISEMENT

BACA: Rosmah Mansor Menangis, Didapati Bersalah Atas 3 Pertuduhan Rasuah

Keputusan sama ada mereka bersalah atau dibebaskan bakal diketahui dengan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob dijadualkan memberi keputusan pada pukul 3 petang nanti.

Menurut Sinar Harian, Bung Moktar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad pada 3 Mei 2019 yang lalu.

Isteri Bung, Zizie Izette yang didakwa bersubahat dengan suaminya untuk menerima suapan itu juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan tersebut.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujudnya kes prima facie terhadap Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44, maka pasangan suami isteri itu akan dipanggil membela diri namun jika sebaliknya mereka akan dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas