Connect with us

Oh! Media

Trending

Selepas Diserbu, Oldtown Ambil Tindakan Individu Buat Tuduhan Palsu

Sebelum ini viral di media sosial bila seorang pelanggan telah mendakwa sebuah restoran terkenal mensajikan daging Khinzir dalam masakan mereka. Pihak KPDNHEP kemudian telah melakukan pemeriksaan dan hasil siasatan mendapati dakwaan itu tidak benar.

Disebabkan itu, pihak Oldtown White Coffee menegaskan yang mereka akan berbincang dengan pihak guaman untuk mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya ke atas individu yang telah membuat tuduhan palsu yang sekaligus merosakkan imej mereka sebagai pemegang sijil Halal.

IKLAN

Kami juga ingin menekankan bahawa semua cawangan Oldtown White Coffee di Malaysia memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak 2010.

Pensijilan halal serta peraturan yang ditetapkan bukanlah sesuatu yang dipandang ringan. Kami memastikan bahawa ramuan yang digunakan dalam makanan dan minuman langsung tidak mengandungi sebarang kandungan babi atau bahan tidak halal

Perkara seperti ini sepatutnya tidak perlu diviralkan jika belum pasti kerana ia boleh menimbulkan fitnah.

Sekiranya timbul keraguan, lakukan terus aduan kepada KPDNHEP atau mana-mana pihak berkuasa supaya mereka boleh melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia benar atau tidak sebelum disebarkan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas