Connect with us

Oh! Media

“Selepas Bertudung Rasa Macam Dilahirkan Semula” – Shasha Abedul Rasa Tenang Bila Berhijab

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 16t130659794

Trending

“Selepas Bertudung Rasa Macam Dilahirkan Semula” – Shasha Abedul Rasa Tenang Bila Berhijab

Shasha Abedul telah menarik perhatian ramai apabila dirinya sudah berhijab. Shasha mengaku bahawa dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijab.

Menerusi laporan Gempak, Shasha berkata, dia tiba-tiba rasa bersalah ketika hendak memuat naik gambar dirinya tidak bertudung.

Sebenarnya saya memang sudah lama memasang niat untuk berhijab sejak beberapa bulan lalu.

Perasaan itu datang sendiri, tiada insiden apa-apa cuma pada satu hari bangun, nak muat naik foto di Instagram tetapi tiba-tiba ada stau perasaan timbul.

Gambar itu adalah gambar tidak bertudung, ada sahaja hari yang saya memuat naik foto tetapi saya ada rasa perasaan bersalah.

Dalam pada itu, Shasha berkata dia juga ada menghadiri beberapa majlis ilmu sebelum membuat keputusan untuk berhijab.

IKLAN

Ujarnya, apabila dia hendak membuat sesuatu dia tidak mahu sekadar buat dan mahu memahami secara mendalam tindakan yang hendak dilakukan itu.

Saya pula sejenis kalau nak buat sesuatu jangan hanya sekadar buat, sebaliknya harus memahami apa tindakan yang kita lakukan.

Jadi saya pergi kelas untuk belajar dan lebih memahami mengapa kena tutup aurat, untuk siapa dan sebagainya.

Sebab saya tidak mahu buat benda ini hanya kerana untuk memuaskan hati orang dan saya akhirnya faham apa yang saya buat sekarang ini.

Menurutnya, selepas dia bertudung dia merasakan seperti dilahirkan semula.

Selepas bertudung saya rasa bagai dilahirkan semula, saya rasa seperti orang yang baharu, perasaan yang saya tak boleh nak ungkap, tak boleh nak cakap tetapi syaa rasa menakjubkan dan saya suka, alhamdulillah.

Shasha juga telah memadam hampir kesemua gambar tidak berhijab di akaun Instagramnya.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 16t130659794

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Gempak


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas