Connect with us

Oh! Media

Selepas 36 Tahun Peminat Teruja TOP GUN: MAVERICK ‘Tawan’ Billboard Pavilion Kuala Lumpur

Trending

Selepas 36 Tahun Peminat Teruja TOP GUN: MAVERICK ‘Tawan’ Billboard Pavilion Kuala Lumpur

Wowwww… Peminat filem TOP GUN pasti excited hero kesayangan korang, Tom Cruise kini kembali dengan sekuel filem TOP GUN: MAVERICK selepas 36 tahun.

ADVERTISEMENT

Kehangatan ni dapat dirasakan bila Oh! Media buka je media sosial, masing-masing post yang diorang tak sabar nak saksikan filem ni di pawagam. Malah kami dapat tahu yang filem TOP GUN: MAVERICK ni sampai tawan Billboard kat Pavilion Kuala Lumpur. Biar betul?!

Haaa.. Bagi meraikan tayangan TOP GUN: MAVERICK di pawagam Malaysia pada 26 Mei ini, United International Pictures Malaysia (UIP) memaparkan Anamorphic 3D TOP GUN: MAVERICK di Pavilion Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang korang menyaksikan ‘gimik’ yang dibawakan TOP GUN: MAVERICK di Pavilion KL ya. Sambil tu bolehlah upload dekat media sosial dengan menggunakan tanda pagar #TOPGUNMY dan #AKUMAVERICK.

Jom serbu wayang berdekatan untuk saksikan TOP GUN: MAVERICK!

Pergh… Tengok trailer pun dah rasa teruja nak tonton dekat wayang nanti. Tak hairanlah filem ni dapat pujian daripada pengritik filem, Oh! Media yakin TOP GUN: MAVERICK ni akan jadi filem wajib tonton di pawagam tahun 2022.

So, tunggu apa lagi? Tempah tiket korang sekarang untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan kisah aksi pengendali jet pejuang Tentera Laut paling dinanti. Filem macam ni tengok dekat wayang baru puas!

Sementara tunggu filem ni ditayangkan 26 Mei 2022, layan dulu macam mana pelakon filem ni mengendalikan jet pejuang dan berlatih demi menjayakan filem TOP GUN: MAVERICK. Giler power!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas