Connect with us

Oh! Media

Trending

Selamba ‘Bersantai’ Luar Balkoni Rumah, 5 Wanita Ditahan

Lima wanita warga Indonesia ditahan selepas video tular di media sosial menunjukkan mereka sedang ‘melepak’ di luar balkoni sekaligus membahayakan keselamatan diri. Aduhai, dah kenapa lepak macam tu?

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku berhampiran Takan Sti Bayu Puteri, Johor Bahru dan kesemua mereka dalam lingkungan 20 hingga 26 tahun.

IKLAN

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata yang kejadian itu berlaku pada hari Ahad lepas kira-kira jam 10 pagi.

Semakan mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen diri dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan. Sekiranya bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya sekali.

Masalahnya, mereka ni tak gayat ke? Kita ni punyalah takut bila tengok.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas