Connect with us

Oh! Media

Sekumpulan Pelajar Sanggup Bersubahat Lakukan Amang Seksual Terhadap Pelajar ‘Junior’

Trending

Sekumpulan Pelajar Sanggup Bersubahat Lakukan Amang Seksual Terhadap Pelajar ‘Junior’

Lagi kes amang seksual dilaporkan hari ini dan lebih mengejutkan apabila tertuduh yang terlibat adalah merupakan pelajar-pelajar senior di sebuah institusi swasta di Kuala Nerus, Terengganu.

ADVERTISEMENT

Kelima-lima pelajar senior itu juga turut mengaku bersalah diatas kesalah melakukan amang seksual fizikal. Malah, mereka juga turut mengaku telah bersubahat melakukan perbuatan itu kepada empat orang pelajar junior yang berusia antara 12 dan 13 tahun.

Malah, tiga lagi tertuduh yang berusia antara 14 hingga 16 tahun juga dilaporkan turut berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan kesalahan itu.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan itu antara Ogos 2020 hingga Januari lalu di institusi berkenaan di daerah Kuala Nerus.

Bagi kesalahan mengikut AKSTK 2017, semua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah juga telah menetapkan 19 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tertuduh juga dibenarkan untuk diikat jamin antara RM2,000 hingga RM4,000.

Selain itu, mahkamah juga telah menetapkan syarat tambahan kepada kesemua tertuduh iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu serta tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan.

Kesemua tertuduh yang berusia di antara 14 hingga 17 tahun itu telah mengaku bersalah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a), Seksyen (b) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK ) 2017 serta Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Kredit: Astro Awani

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas