Connect with us

Oh! Media

“Lupakan Saya, Segera Bantu Mereka Yang Perlukan Bantuan” – Sultan Johor

Trending

“Lupakan Saya, Segera Bantu Mereka Yang Perlukan Bantuan” – Sultan Johor

Sultan berjiwa rakyat. Mungkin itu ayat yang paling tepat buat DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang selalu mendahului kepentingan rakyat berbanding diri baginda sendiri. Terbaru, viral di Facebook milik baginda apabila pasukan perubatan peribadinya telah bantu seorang mangsa kemalangan.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan, anggota paramedik dan juruteknik perubatan kecemasan sebenarnya sedang dalam penugasan untuk iringi baginda. Tapi, sebaik sahaja mereka nampak kemalangan tersebut, mereka terus hentikan ambulans dan berikan rawatan kepada mangsa.

Sebabnya, DYMM Sultan Johor memang dah selalu ingatkan pasukan berkenaan untuk bantu mereka yang memerlukan. Baginda bertitah sekiranya berlaku kemalangan kepada orang awam walaupun ketika dalam tugas pengiringan, perlu cepat berikan bantuan yang sewajarnya.

“Dalam keadaan sebegini, lupakan saya, segera bantu mereka yang memerlukan bantuan.” – titah baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Yelah, dengan ambulans yang memang dah lengkap dengan pelbagai alat, confirm dapat membantu mangsa kemalangan dengan lebih efektif. Kalau korang nak tahu, ambulans peribadi DYMM Sultan Johor dah siap dengan mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan, alat defibrilator luaran automatik (AED), mesin bantuan pernafasan automatik, peralatan bantuan rawatan luka kebakaran dan peralatan asas bantuan kemalangan jalan raya. Hebat, kan?

Rata-rata netizen terutamanya warga Johor tak henti mengucapkan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan baginda. Yelah, kalau dah Sultan yang berjiwa baik macam baginda, rakyat mana yang tak sayang.

Sebagai rekod, mangsa yang terlibat dalam kemalangan dipercayai cedera parah di kepala dan dah pun dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan susulan.

Kredit: Facebook DYMM Sultan Johor

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas